My Last Day of 20's

I cried last night.. with a thought, tomorrow (today) will be my last day of being 20's... bukan kerana aku takut tua... tapi memang menangis ketakutan.. apa yg aku takutkan? banyak...

aku takut aku belum jadi anak yang baik..
aku takut aku belum jadi isteri yang baik..
aku takut aku belum jadi ibu yang sabar dan terbaik untuk anakku..
aku takut aku belum jadi kakak yang boleh dicontohi oleh adik2 ku..
aku takut aku belum mampu untuk mencapai cita-citaku..
aku takut aku belum cukup mengambil pengajaran atas perkara2 yang dah berlaku dalam hidupku..
aku takut bila mengenangkan rezeki, kelebihan dan kejayaan yang telah ALLAH berikan padaku sepanjang umur 20-an ku..
aku takut, mampukah aku untuk menjadi jauh lebih baik berbanding umur 20.an ku..

aku menangis sbb aku sangat2 gembira dan bersyukur dengan kehidupanku dalam umur 20-an.. kerana..

umurku 20 thn; aku bertemu dengan bakal suamiku (suamiku kini)..
umurku 21 thn; aku berjaya menamatkan pengajian diplomaku..
umurku 22 thn; aku berjaya menamatkan pengajian sarjana mudaku..
umurku 22 thn juga; aku bertunang dengan suamiku..
umurku 23 thn; aku disatukan dengan suamiku..
umurku 24 thn; aku berjaya menamatkan pengajian sarjanaku..
umurku 25 thn; aku diajak oleh boss suamiku (bossku kini juga) untuk mengendalikan beberapa projek dgn pendapatan yg sgt lumayan..
umurku 26 thn; aku diterima bekerja di ISI.. di mana aku mengenali beberapa insan yg sgt baik hati budinya..
umurku 27 thn; aku mula memikirkan salah satu ujian terbesar hidupku telah tiba... 4 tahun mendirikan rumahtangga, kami masih belum dikurniakan cahaya mata.. sakitnya telinga dan jiwa yg terpaksa menanggung pelbagai persoalan dan tohmahan sekeliling, hanya ALLAH yg mengetahuinya..
umurku 27 thn juga; ALLAH Maha Pemurah... aku diberi peluang untuk bekerja dengan cita-cita hidupku sbg pensyarah di UTM; walaupun hanya secara kontrak..
umurku 27 thn juga; aku mula membuat rawatan kesuburan... dan SUBHANALLAH; ALLAH Maha Pemurah.. hanya dua bulan aku menjalani rawatan, akhirnya aku disahkan mengandung.. anak lelaki pula; sepertimana yang diinginkan suamiku selama ini..
umurku 28 thn; rumahtanggaku diserikan dengan insan kecil berwajah persis Cina - Muhammad Ihsan; nama yang telah sekian lama kami simpan untuk putera yg amat dinantikan..
umurku 28 thn juga; aku diterima bekerja secara tetap di tempat yang sama dengan suamiku.. sepejabat, malah sebilik pula..
umurku 29 thn; hasil kesungguhan dan keikhlasan bekerja, aku dianugerahkan pekerja terbaik tahun 2010..

dan anakku yang menjejak umur 2 tahun juga sgt petah orangnya... tak pernah aku terjangka akan dikurniakan seorang anak yg amat menghibur dan menyejukkan hati seperti IHSAN... tak sia-sia kami simpan nama terbaik itu untuknya...

manalah aku tak menangis... setiap tahun, walau ujian datang dan pergi, namun bahagia dan kegembiraan juga yang ALLAH berikan kepada aku, suami dan anakku di akhirnya...

dan esok, pastinya aku akan bangun dengan umur yg baru... sbb aku dilahirkan pada jam 4.32 pagi...

sudah 11 tahun (sejak belum berkahwin lagi) BAY pasti mengejutkan aku pada jam itu untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir... dan aku tetap mengharapkan ucapan untuk kali yg ke-12 akan kuterima pagi nanti...

dan aku masih menangis ketika menulis entry ini.. TERIMA KASIH YA ALLAH UNTUK SEGALANYA...

2011: New Year; New Resolution

Alhamdulillah... ALLAH s.w.t masih memberi peluang utk kita menyambut satu lg tahun baru; 2011... tahun lepas; 2010, walaupun ade beberapa azam / keinginan yg x dpt dipenuhi, x perlu kita nak kesalkan... yg lepas biar lepas... apa yg penting, pengajaran yg harus diambil utk kita mengharungi hari2 mendatang dlm thn baru ni kan...

so, apa azam korg? meh la kongsi sket... jom kita sama2 buat post pasal azam baru masing2, nak??... hehehe... tp aku x pandai la pulak nak tag2 kwn2 blog nih utk suh sama2 wat post pasal azam2 baru korg nih... hehehe... sapa leh ajar?? plz...

apa2 pun aku saje nak share sket beberapa perkara yg boleh dianggap azam kot utk aku cuba capai dlm thn 2011 nih... bukan ape, saje nak tulis sbg peringatan kpd diri sendiri ttg hala tuju yg nak dicapai utk jangka panjang / pendek dlm thn 2011 nih... hmm... korg jgn gelak tau bila baca... hehe...

  • Nak berdisiplin mkn vitamin/supplement setiap hari;
  • Nak jaga makan/kesihatan... sbb??? tgk azam no.3.. hehe..
  • Nak berusaha utk 'ahli keluarga baru'... ish, malu2 kucing plak rasanya menyebut azam yg nih... ;P
  • Nak minum air sebanyak mungkin tiap2 hari... sbb aku jenis yg sgt2 kurang minum air selama nih..;
  • Nak lebih rajin baca surah2 yg berkaitan bila mengandung nanti... esp surah Maryam... sbb org kata surah tu diamalkan utk permudahkan bersalin... dulu aku x rajin baca... tu yg smpi kena cesear after 10 hours bersakit2 kot.. hehe..;
  • Nak solat di awal waktu seboleh-bolehnya;
  • Nak khatam Al-Quran utk kesekian kalinya;
  • Nak ajar IHSAN mengenal A-Z, alif-ya & numbers secara intensif;
  • Nak update resume, isi borang & apply again for a permanent teaching position kat UTM... ni sbnrnya carry forward dr 2010 nih.. huhu..;
  • Nak start working on my PhD proposal secara intensif... nak allocate 1 hari cuti khas utk pegi UTM/PSZ utk buat initial research..;
  • Nak cari peluang secara intensif utk sambung belajar kat oversea..;
  • Nak simpan duit sebanyak mungkin... utk apa ek?? saje... utk keperluan2 mendatang..;
  • Nak pindah umah baru kat Tebrau... sehubungan itu, nak buat ID chantek2 dulu la kan... huhu..;
  • Nak belikan IHSAN buku banyak2 supaya dia akan sentiasa sukakan buku...;
  • Nak asah/gilap bakat IHSAN melukis... sbb rasanya confirm dia nih left-handed (ikut BAY)... so, normally org kidal ni pandai melukis... hehe..;

maaaaak aiiihhhh... banyaknyeeee azam aku nih!!! takpe... buat pembakar semangat... semoga ALLAH memberikan kesihatan fizikal & rohani yg baik utk aku berusaha mencapai setiap satu azam yg aku senaraikan ini...

sebenarnya, aku sgt nervous utk memulakan usaha utk 'menambah ahli keluarga baru' tu... sbb, takut sejarah lama berulang... walaupun rawatan boleh dimulakan semula, tp tiada jaminan bahawa ia akan berkesan sepantas mcm sewaktu aku mula mengandungkan IHSAN dulu... korg tolong doakan ye... (^_^)

ha, so... camana? ade bran? tulis la azam korg pulak... (^o^)

I'm backkk!! ;P

Assalamualaikum w.b.t...

huhu.. lamaaaaanya x menulis kat sini... bukan sbb xde citer nak tulis.. tp sbb baaaaanyak sgt nak tulis... but with sooooo little time i have... alhamdulillah ofis tgh dok sibuk dgn development project baru... n this time nun jauh kat kuala krai, kelantan... huhu... tua kat jalan woo rasanya bila time kena gi site... dah 2 kali pegi by car berdua dgn BAY... si kecik?? tinggal dgn atok n nenek dia kat SB... hmmm... apalagi, happiest moment la for them bila aku kena gi site n tiggal si kecik tu.. huhu... nak bwk, kesian... looooong journey... 12-13 hours klu dr jb... mau 'berperang besar' nak jaga si kecik tu dlm keta for that long hours of journey... klu still baby xpe, bnyk tidonye... ini bdk dah umur nak explore their new world surround kan... sedangkan hari2 dr nursery ke umah pun kdg2 jenuh nak melayan mulut n karenah dia... ini pulak sehari suntuk nak dok dlm keta je dgn dia... huhu...

si kecik IHSAN, alhamdulillah baaaaanyak perkembangan day by day... vocab dah banyak... sbb cepat benor nak mengikut2 apa org ckp... org nyanyi pun dia ikut nyanyi... org berjoget2 dia pun nak lancing2 gak... siap melompat2 lak tu... over-excited kalu mariii, mula la panjat2 meja ke katil ke sofa, pastu kira "wan, tu, tiii.." pastu lompat ke bwh dgn muka selambanya... mcm benda tu x merbahaya je...

haritu kat SB, ntah mana dia dpt idea, dia leh pulak main jual2 brg... kisahnya, dia kutip toys dia, pastu masuk kat dlm bakul kain, pastu dia park kat tepi dinding, n then jerit "uwal, uwal, uwal... eyi, eyi..".... hahahaha!! punya la aku ketawa... ms tu aku br blk outstation... pastu mlm tu dia wat benda tu... hahaha... agaknya ade tgk kat tv kot org wat camtu...

ada skali tu lak dia amik satu pine tree toy dia, pegang terbalik (so batang pokok tu ke atas la), pastu dia goyang2 bdn sambil mulut menyanyi2 dgn bahasa dia tersendiri la tapinya... mula2 aku n BAY x perasan... pastu bila kitorg terperasan, pastu sengih2 tgk 'aksi' dia, terus dia mcm tersipu2 la konon... hahahaha.... pastu aku tanya, "IHSAN nyanyi lagu apa?"... pastu dia senyum2 n buat2 gaya nyanyi tu lg... hahahhaa... dalm hati aku kata, "Ya ALLAH... dah besar dah anak yg aku tunggu 5 thn br nak keluar nih"... huhu...

mkn? hmm... biasanya xnak mkn sgt... n alhamdulillah dah pandai mkn sendiri guna tgn or sudu... hirup sup pun dah masuk la dlm mulut... walaupun biasanya amik penuh sudu, tp smpi kat mulut tinggal half je... huhu.. tp jenuh woo nak prepare mknan yg dia nak mkn selain pasta... kdg2 nak juga bg dia rasa benda2 lain kan... tp, hakikatnya bila dpt pasta; x kisah la bolognese ke alfredo, fuhhh.. mcm dah x nmpk keliling... seolah2 yg ade hanya dia n mangkuk pastanya shj... hahaha... klu aku tanya "IHSAN, sedap tak?"... mmg xkan berjawab la klu tgh mkn pasta... huhu...

last week, dah mula nak pakai baju, seluar n kasut sendiri... sooo ambitious la this little guy... sbbnya, beriya2 nak pakai... mummy nak tolong pegang dia xnak... tp last2 x masuk lubang pun... hehehe... i need to ckp, ckp n ckp slowly dgn dia, br dia allows mummy tolong dia...

hmm.. what else... Thomas is still his fav cartoon on PHDC now... dia punya thomas toys/models kat umah dia panggil 'choot choot'... hehe... latest, dia akan melekat dpn tv bila blk nursery watching Little Pororo... cuma, pororo tu patutnya watak blue penguin with yellow helmet tu, si IHSAN kata pororo tu yg polar bear dlm citer tu... hehe... maybe bear tu lebih menonjol pd dia kot...

he still loves books much... n kitorg pun keep on buying him at least 1 book every month... his fav, are books on animals n 'teta' (cars)... hehehe... typical boys la kan suka teta...

nak pegi nursery, kitorg ajar IHSAN salam n cium tgn mummy n daddy.. bila nak tido mlm pun salam n cium tgn... pastu sebut "nite nite"... hehehe.. smpi kat nursery, teacher ajar kena salam n cium tgn teacher dulu sblm masuk.. so, keliling la dia salam teachers... on his way to nursery everyday, some common words wajib keluar dr mulut dia sambil tunjuk2; which are:

teta = kereta
lowi = lori
umah = rumah
dog = dog
berd = bird
buss = bus
otto = moto

n terkini... semalam, IHSAN sebut his very first complete simple sentence.. "Ami, nak air.."... sambil tunjuk botol air mineral kat dlm keta ms blk dr nursery... hehehe... alhamdulillah... he made me a very happy n proud mother! cheers!

He's finally WALKING!!

yess... at age of 1 year, 3 months & 6 days (Friday, Aug 20) my precious IHSAN is finally WALKING ON HIS OWN!!... wahahahaha... can't find any words to express my excitement!! my happiness!! wahahaha... only one word i could say; ALHAMDULILLAH...

nak tengok? nih video yg sempat diambil... (owh, plz IGNORE all stuffs yg rasa menyemakkan umah & mata di sekeliling IHSAN tu ye... hehehehe)


kelakar kan si montel tu jalan terkedek2... hehehe... nasib la, dpt amik video time dia x pakai seluar... hehehe... actually ms tu tgh siap2 nak pegi berbuka pose kat luar... lum sempat pakaikan suar, dia dah kemaruk nak berdiri... pastu, tup2 dia jalan... hehehe... sib baik sempat amik video...

pastu, aku terusss sms Mama n Abah aku bgtau "Nenek, atok!! kite dah jalan!! baaaanyak langkah.."... hehehe... apalagi, gembira sakan la atok n nenek IHSAN... mana taknya, dekat hari2 tepon tanya IHSAN dah jalan ke lum... hehehe... tp diorg x dpt lg tgk video nih... sbb sim card aku x dpt support nak mms video nih kat depa.. huhu..

the next night, pun kami berbuka di luar... bnyk sgt jemputan la katakan... wakakaka... kat area jb... pastu one of my collegue ajak kitorg gi ngerayap kat Kotaraya... nak cari bj raya anak dia katanya... sambil cuci2 mata... huhu.. BAY pun kata "Jom.."... aku pun terkejut... apalagi, aku pun laju je la "jom" balik... heheheh... bukan senang nak ajak BAY jln2 tempat org ramai2 nih...

abis jalan2, dlm pkl 11pm, kitorg ngeteh beramai2 kat Danga Bay lak... hah, apalagi si montel tuh... baru dpt kaki la katakan... abis dipusingnya plaza kat area kedai kitorg ngeteh tuh... x henti2... pantang suh duduk, sibuk bising ajak bangun... yg kelakar tuh, dah la jalan ke sana ke mari, mulut dok tersengiiiiiih je... pastu mulut rajin lak dok tegur2 bdk2 lain yg ade kat situ... haiaaahhh... x pasal2 la aku pun kena ala2 bertegur2 dgn parents yg ade tuh... huhu... depa kata, ni sah ikut Mummy la nih, peramah.... hehehehe...

so, next step, nak kena belikan sandal baru utk IHSAN for this coming raya... sbb yg ade tu kasut n agak berat... so, igt nak cr sandal yg ringan, selesa n senang pakai...

fuhhhh... aku mcm terbayang2 je ade bekas kuih kat umah org yg aku ziarah raya ni nak pecah ni karang... ;P

Syasya Creative Handmade Bags Giveaway

sempena ramadhan ni, salah satu blog favourite yg sy follow ada wat giveaway (wahaha... thanks kpd empunya blog yg sgt bermurah hati.. =))... dah lamaaaaa sgt asik surf2 blog nih... niat hati nak tempah bag, tp list tempahan dia, smpi 2-3 bulan ke depan pun dah penuh... huhu... so, masuk la giveaway nih... mana tau leh dpt beg Syasya yg cun n ranggi tuh... yg penting, handmade tau!!

Senang jer giveaway ni..ni syarat2 nye::-

1.menjadi follower blog syasya creative - done!
2. Copy ke dua2 gamba hadiah giveaway dan letakkan di blog anda... - done! (rujuk di bawah)
3. Sila la kasi komen2 tentang collection Syasya Creative..komen2 yg menarik akan di pilih menjadi pemenang..=) - done juga! (sila rujuk di bawah)
4. Tinggalkan komen anda sekiranya anda telah join giveaway ini.. - done!



OK senang je kan...mari join beramai2..=))

datenye dr 16/8/2010 - 26/8/2010

Hadiah 1
Syasya Bag n Multi Pockets pouch


Hadiah 2
Pencil Case n Book cover + bOok



komen saya:

Collection Syasya memang sgt ranggi & trendy! pelbagai variasi untuk digayakan dlm pelbagai keadaan / majlis.. sangat rugi bg sesiapa yg tidak memilikinya!! =) 

haa... amacam?? ok x promosi gue?? hehe... fuhhh... mintak2 leh la menang beg yg ranggi2 tuh... first time nih masuk giveaway... hehe.. ;P
 

IHSAN oh IHSAN...


Minggu ni IHSAN masuk 14 months n 3 weeks... ataupun setahun, 2 bulan, 3 minggu... perkembangan? masih belum berjalan dgn lancar... haiiaaaahhh... baru berani 5-6 langkah... pastu meraban cari benda2 yg boleh dia berpaut... takpun akan jatuh terduduk... tp nasib baik la punggung ada kusyen mahal... kalah leather seat keta... so, tak la 'bedebum' n sakit sgt kot... hehehe... teacher kat nursery n kami di rumah x henti2 motivate n train IHSAN utk berjalan dgn lebih lancar everyday... insya Allah boleh kot by bulan pose nih... hmm... rezeki kami dpt bdk montel lmbt jalan sket tuh kan... apa2 hal pun, alhamdulillah sihat walafiat kan... =)

seperti biasa, yg lebih laju 'berkembang' adalah akalnya, mulutnya & tangannya... semuanya gara2 sgt laju & suka mengajuk perbuatan org... klu ajar apa2, (contohnya aritu ajar dia jerit gol!!! sambil angkat tgn), sekali dua je ajar, terus dia mengikut... ajar berjoget, pun laju mengikut... pakkan je belum berdiri... klu x, Mummy dah ajar goyang inul dah... hahaha... Mummy ajar dia joget lagu Burung Kakak Tua & Lompat Si Katak Lompat... sambil wat gaya2 sket... hehehe... tp xde la dia ngikut 100%... uish, ngalahkan einstein lak karang... huhu... tp all-time-favourite song dia, dr baby smpi skang is 'Chicken Dance'... thanks to Teacher Ona yg beri kami lagu tu last year... hmmm... rindu Teacher Ona yg sgt bagus & dedikasi itu... =(

'kamus tatabahasa' IHSAN dah bertambah sket... meh aku list sket apa yg dia dah leh sebut ek..

teta = keta (kereta)
amii = Mummy
dada/daa = Daddy
bheg/dheg = bird
dhog = dog
eww = kucing (meow)
mam = makan
mem = minum
tecer = teacher
totok = pokok
tu.. tu.. = tunjuk benda2 suh org tgk / benda2 yg dia nak

hehehe... bnyk gak kan dia dah catch up... teacher kat nursery kata, klu nak mintak susu kat sekolah, IHSAN akan tarik2 kain teacher sambil panggil "tecer, tu.. tu.." pastu tunjuk kat para / rak tempat letak tin susu... hehehe... kelakar kan... teacher kat nursery kata, IHSAN jenis cepat ckp... tu kira upah lmbt berjalan la tu... hehehe... alhamdulillah...

1 habit baru IHSAN... dia suka 'kemas' a.k.a sepahkan buku2 dia... pastu dia amik 1-1 buku tu, selak 1-1 muka surat n suruh Daddy cerita kat dia on every page... hahaha... jenuh la BAY yg x bnyk ckp tu nak create ayat panjang2 utk 1 gmbr je kat every page tuh... huhu... tu la, a child could turn a cold person into a warm, caring father... i loike! hehehe... nak tak nak BAY kena layan gak sbb IHSAN nak dgn Daddy bila playtime dia... nak mkn, tido n manja2 or x sihat baru nak ngolet2 dgn Mummy... ok la kan... so, bila mlm dpt la aku siap2kan benda2 utk keesokan harinya sblm bwk IHSAN masuk tido... tp since dah toddler ni, kdg2 IHSAN nak manja2 + belek2 + peluk2 Mummy baru nak tido... tp kdg2 after menyusu boleh je terus terbongkang kat dpn tv... huhu... layan je... yg penting, schedule harian dia ok n x tido lewat...

kisahnya, last saturday baru gi belikan hadiah b'day IHSAN... hahaha... dah berbulan lepas dah b'day, ni baru nak belikan... bukan apa, x tau nak belikan apa yg betul2 berbaloi... niat hati aritu nak carikan kamus bergambar... tp x jumpa yg bagus... so, tangguh punya tangguh, minggu ni la baru beli... n finally, kami belikan IHSAN Beading Maze from ToysRus... dah lama gak kami cari benda tu yg wood n good quality... bagus maze tu utk menajamkan motor skill kanak2 n utk train eye-hand coordination utk early years toddler... n alhamdulillah sabtu tu ajar IHSAN main benda tu, the next day tu dia dah leh wat sket2 dah... cuma dia jenis x sabar sket... so, dia x alih beadings tu 1-1... dia alih 4-5 bijik skali dr ujung ke ujung... pastu dia pilih maze line yg paling simple n kurang lingkaran 'corkscrew' nya... huhu... x kisah la... sket2 belajar, lama2 pandai la kan... insya Allah... =)

Aku & FB

bulan ni genap setahun aku ada FACEBOOK or dgn nama glamernye fb... apa tujuan kita ade fb? hmm... berikut aku cuba senaraikan 'ckp2 org' ttg kenapa mereka ada fb...

  • utk networking dgn kwn2 lama & baru
  • utk track balik kwn2 yg dah lama x jumpa / x contact
  • utk mengimbau kembali kenangan pahit manis bersama kwn2 terdahulu
  • utk improve business networking i.e cari potential partners, clients etc
  • utk berkongsi pendapat ttg sesuatu perkara
  • utk tahu perkembangan terkini org2 tertentu i.e kwn, saudara-mara, artis kesayangan
  • utk menjual barang jualan online; sekaligus meluaskan potential buyers dr pelbagai tempat
  • etc etc etc

tu antaranya la... tp ade jugak org yg xde fb, berpandangan negatif terhadap tujuan seseorang yg ade fb... x caya?? adeeeee... mungkin korg belum pernah jumpa... tp aku dah jumpa... apa pandangan mereka? meh aku senaraikan sket...

  • org nak menunjuk-nunjuk kelebihan diorang... ye la, dulu kat sekolah / kecik2 comot, skang dah seksi-meksi... takut klu xde fb, org tak tau dia dah lawa skang... takpun, takut org x tau skang dia jd assistant vip ternama skang, walaupun dulu sekolah result cukup makan je...
  • org nak tunjuk2 kat bekas boifren/girlfren, yg dia bahagia bersama pasangan masing skang... anak pun comel2... (sambil dlm hati berkata, "nasib baik aku x kawen dgn ko"... hahaha)
  • takut nanti 'cerita2 panas' dolu2 terkeluar dr mulut kawan2... kang kantoi la pulak kat bini yg awak tu awek keliling kampung dulu2... hehehe... (ko igt ko glamer sgt ke yg sampai org sibuk nak tau citer2 lama ko?? huhuhu...)

bagi aku, tujuan utama aku sbb nak contact n connect balik dgn kawan2 lama aku... apa yg bagus 'perhubungan' melalui maya nih, dgn hanya comment2 kat status, foto dsb, boleh merapatkan kita dgn org2 yg dulunya jarang2 kita bercakap dgnnya...tambahan pulak, skang adik-beradik ipar aku bertaburan lokasinya di atas muka bumi nih... so, fb la medan utk kami berhubung selain email n chatting... n last but not least, sbb aku nak main game!! hahahaha!! aku mmg antu game... dr time belajar, smpi ke keje, aku raaajin beli cd game... install kat pc... tp dgn adanya fb, xyah install2 dah... pastu leh connect2 dgn kwn2... hehehehe...

tp, hari ini ada satu kejadian yg telah membuka mata aku... mungkin aku (yg org kata nakal + jahat nih) naif utk memikirkan benda ni sebelum nih... benda apa?? bahawa, ada org di luar sana yg 'friend' dgn kita sbb dia nak tahu keadaan semasa kita HANYA utk memburuk2kan kita dpn org lain... dan cerita2 buruk itu disampaikan kpd org2 yg x 'friend' dgn kita ataupun yg xde fb... kiranya, klu ikut strategi mengumpat & menjahanamkan kawan, mmg sgt berkesan la strategi dia tu kan... huhuhu...

ntah la... apa agaknya dosa aku pd dia ek smpi nak circulate citer2 buruk aku... masalahnya bukan aku sorang... BAY pun kena skali... dan masalahnya, bermula dr 1-2 status, dia memanjang-lebarkan isu itu sehinggalah terbuka kisah2 lama zaman muda2 dulu... apa kaitannya??? apa maksudnya dia berbuat begitu??? mungkin aku jahat + nakal, tp x pernah pulak aku buat keje2 nak burukkan org mcm nih... so, sapa lg jahat skang?? aku yg ko kata jahat, atau ko yg dulu pernah mengata aku jahat??? dan skang ko sebarkan pulak kisah2 lama aku dulu pd org2 yg baru mengenali aku... sedangkan aku x pernah amik kisah pun perjalanan hidup ko... so, masih aku ke yg jahat???

eh, kenapa tetiba timbul kata2 'aku jahat' ni ek?? sbb..... hari ni biar aku bukak satu citer... sape yg kenal aku mesti tau mulut aku ni laser... tp hakikatnya aku jenis x simpan dlm hati pun... apa yg berlaku, akan habis di situ... jd, dr luarannya org akan kata aku ni mulut jahat... cakap sukati je... biasa la, bila mulut jahat, org kata mesti hati pun jahat... sehingga satu hari, perselisihan faham berlaku n seseorg ckp kat aku, "ko ni mmg busuk ati, sbb ko la BAY pun jd jahat.. klu x, BAY tu elok je..."... tersentak kejap aku ms tu... aku igt aku boleh lupa kata2 tu selepas kejadian tu sbb ia keluar dr seseorg yg mmg x patut aku dgr kata2nya pun... tp ntah kenapa aku x pernah lupa benda tu walaupun dah bertahun2 berlalu...

mungkin aku mmg jenis yg nakal... aku suka usik org... mulut aku kecoh (tp aku bukan 'kepochi' yg suka nak sebar2 citer & rahsia org!!); aku bukan jenis 'pempuan melayu terakhir' yg lemah-lembut, yg semua ibu bapa berebut nak dijodohkan dgn anak bujang mereka... dan kalau benar pun aku jahat suatu waktu dulu, (walaupun aku x pernah mencuri, menipu, merompak mahupun apa2 jenis jenayah), adakah aku jahat smpi skang??? siapa mereka utk menilai bahawa taubatku takkan diterima oleh ALLAH???

ntah la... mcm2 manusia nih... sukatilah apa ko nak buat dgn mulut ko tuh... sebarkan citer2 buruk org klu itu yg membuatkan ko bahagia... klu ko rasa org akan lebih nampak kebaikan ko dgn cara mengata org lain lebih buruk... what u give u'll get back... n what goes around comes around... percayalah... ALLAH mungkin takkan membalasnya dgn cara yg sama... mungkin xde org akan mengata keburukan ko... tp ALLAH pasti ada cara-Nya yg tersendiri... utk mengingatkan kembali kelalaian kita hambanya...


terima kasih
kerana sudi menjadi kawanku

terima kasih
kerana sudi menyimpan
memori tentang keburukanku


terima kasih
kerana memberi peluang
untuk aku memperbetulkan kekhilafanku

terima kasih
kerana mengingatkan aku
bahawa bukan semua manusia itu jujur