My New Blogshop

dlm entry semalam ade mention pasal my new own business kan... so, hari ni nak wat announcement la... hehehe...

so, HERE YEE! HERE YEE! PLZ VISIT MY BRAND NEW BLOGSHOP @ http://babyranggi.blogspot.com... we sell branded 'ranggi' apparels for ur little ones... n now we're having SITE-LAUNCHING SALE!! unbelievable low price! so, grab now!!

ok tak announce gitu?? hehehe... so, apa lg, sila2 la ye wahai readears sekalian... but, for the time being stocks x bnyk lg... al-maklum, bisnes baru nak mengorak langkah... hehehe... really hope the business will go well with ur support yea... =)

ade yg tanya, knp tetiba nak bukan bisnes jual baju budak?? jawapannya, sbb aku gile shopping online!! murah & berbaloi... huhuhu... tp of course aku beli brg2 yg susah nak cari di pasaran je la... idok le sumer bende aku beli dgn mengklik mouse aku ni je... hehehe...

so, plz do come to our page yea... insya Allah more stocks will come in soon... cheers!!

My 13 month-old IHSAN

 lamaaaaa... sgt x tulis kat sini... bz la sgt kononnya dgn keje2 ofis... mana keje nak siap, sambil2 wat bisnes sendiri pulak... wakakakaka... ha, pasal yg tu, nanti aku citer ek... now, it's time for IHSAN's development so far...

to date, IHSAN dah genap 13 months old... n he's still not walking by his own!... haiaahhhh... yg ni, babycenter kata, can't be rushed... so tunggu je la whenever he's ready... tp alhamdulillah now dia dah kemaruk bertatih... bertatih dr 1 perabot ke 1 perabot... n Mummy or Daddy akan pimpin 2 or 1 tgn dia utk encourage dia bertatih... so far, in our family, dia la yg lmbt start berjalan nih... agaknya dia nak amik kesempatan puas2 supaya akan sentiasa dpt dukung ke mana2 dia nak pegi kot... huhuhu... IHSAN, IHSAN...

tp mulut & tgn dia mmg pantas... wahahaha... kuat sungguh mengajuk percakapan or perbuatan orang... so, alhamdulillah xde masalah nak ajar dia bersalam n cium tgn org... sudahnya, tgn baby yg lebih kecik dr dia pun dia cium lepas salam... hahahaha... aritu, bila dia salam khalisah (anak ofismate aged 2 months younger than IHSAN), pastu dia cium tgn anak dara tu, jd mcm gentleman mat saleh la pulak... hahahaha... kelakar... org2 tua lak bila dia salam n cium tgn, rasa mcm adorable la sgt baby tu kan... wahahaha... mesti dlm fikiran mereka berkata, "waa.. bersopan sungguh anak teruna ini... bagus buat menantu nih... pandai mak ayah dia ajar"... x gitu?? wakakakaka!!

pagi2, ms nak hntr dia ke nursery, aku akan tunjuk n sebut benda2 yg kami nmpk sepanjang perjalanan... dia akan mengajuk simple words yg dia dpt tangkap... mcm, aku sebut "dog", dia ulang "dhog"... aku sebut "bird", dia sebut "dheg"... aku sebut "keta" (sbb "kereta" pnjng sgt), dia ulang "tete"... gumbira rasanya hati bila pagi2 dah dgr anak kita sebut benda mcm tu... tu yg buat bila makin ptg, makin rindu & x sabar nak blk umah tuh...

every week, aku akan dpt update email on my baby/toddler from babycentre... so, aku akan sentiasa buat perbandingan dgn development IHSAN yg sebenar... ada beberapa skills yg sepatutnya dia dah kuasai, tp dia masih belajar... tp ada jugak beberapa skills yg sepatutnya utk toddler umur 2-3 months ahead, tp dia dah kuasai... alhamdulillah... anyway, as reminded by babycenter, our baby is individual... so, perkembangan setiap seorang mmg akan berbeza2... apa yg diberi tu, hanya panduan...

so, meh aku share sket perkembangan IHSAN berdasarkan jadual babycentre ni...


Child's Age
Mastered Skills (most kids can do)
Emerging Skills (half of kids can do)
Advanced Skills (a few kids can do)
13 months
§ Uses two words skillfully (e.g., "hi" and "bye") – belum lg
§ Bends over and picks up an object – dah… semut pun dia kutip..
§ Enjoys gazing at his reflection – sengih2 n ketawa2 bila tgk muka sendiri kat cermin..
§ Holds out arm or leg to help you dress him – kdg2 bila good mood.. huhu..
§ Combines words and gestures to make needs known – hulur toys or makanan smbl sebut “tak, tak” n smbl angguk2 kepala..
§ Rolls a ball back and forth – belum lg..
14 months
§ Eats with fingers – dah.. sgt… siap lenyek2 kat meja @ lantai lg.. huhu..
§ Empties containers of contents – suka tuang keluar toys dr box n tuang air dr cawan or botol susu dia..
§ Imitates others – hah, ni paling laju.. org geleng, dia geleng.. org angguk, dia angguk.. suka ajuk kartun Little Einstein masa nak hidupkan roket tuh.. huhu..
§ Toddles well – ada masa main sorg2…
§ Initiates games – belum lg
§ Points to one body part when asked – belum lg
§ Responds to instructions (e.g., "give me a kiss") – dah pandai kiss pipi Mummy / Daddy bila diminta.. best!
§ Uses a spoon or fork – dah, tp bukan wat mkn.. wat ketuk2 meja.. huhu..
§ Matches lids with appropriate containers – dah pandai letak, tp saiz main hentam je.. huhu..
§ Pushes and pulls toys while walking – push walker dia boleh la..
15 months
§ Plays with ball – suka lantunkan bola kat lantai or main baling2 dgn Daddy..
§ Uses three words regularly – belum lg
§ Walks backward -  jln ke depan sendiri pun belum.. ni confirm la belum.. ;P
§ Scribbles with a crayon – belum lg.. klu bg pun rasanya masuk mulut je lebih nih..
§ Runs –confirm belum!
§  Adopts "no" as his favorite word – belum lg
§ "Helps" around the house – ‘tolong’ sepahkan mainan ade la..
§ Puts his fingers to his mouth and says "shhh" – dah.. Mummy buat camni suh dia senyap bila dia jerit2.. tp dia ajukkan.. huhu..
16 months
§ Turns the pages of a book – dah.. n his fav book is of animal pics
§ Has temper tantrums when frustrated – dah.. esp bila toys tu x jd mcm dia nak… cth, dia nak masukkan bongkah dlm shape sorter nyer box, tp x boleh, abis dicampaknya semua smbl menjerit.. huhu..
§ Becomes attached to a soft toy or other object – xde lg
§ Discovers the joy of climbing -  dah.. bdk laki klu x memanjat, x sah!
§ Stacks three blocks – x lg.. cuma suka destruct than to build
§ Uses spoon or fork – wat ketuk meja.. huhu..
§ Learns the correct way to use common objects (e.g., the telephone) -  dah berangan ckp “hmm” or “yo” smbl letak handset kat telinga..
§ Takes off one piece of clothing by himself – lum lg
§ Gets finicky about food – dah xnak mknan baby.. nak mkn apa yg Mummy n Daddy mkn..
§ Switches from two naps to one – biasanya kat nursery tido skali je..

so far... we're very proud of him... ye la, semua parents proud dgn anak masing2 kan... takkan kita nak malu dgn sedikit kekurangan zuriat yg ALLAH dah kurniakan sesempurnanya utk kita kan... tp x boleh la jugak kita nak bangga diri sekiranya anak kita terlebih bijak pandai drpd anak org lain kan... sbb, hidup ini umpama roda... org yg cantik sempurna di rupa parasnya, tidak semestinya tercantik hatinya di sisi ALLAH s.w.t...

jd, sama2 la kita menjaga amanat yg ALLAH beri kpd kita ini sebaiknya... bak kata Mama Mia in one of her post, "all babies are geniuses in a coma"... so, jgn anggap anak kita kain putih kosong yg hanya boleh digunakan utk hari terakhir kita di dunia ini shj... sebaliknya, anggaplah ia sebenarnya sutera yg amat berharga, yg perlu kita canting secantiknya agar lebih tinggi nilainya di mata dunia... chewah! pandai2 je wat bidalan karamsingwalia kat sini.. huhu... chiow!!

p/s : CONGRATULATION for several of my friends yg saing2 peknen n bersalin in 2009, now dah start conceive n peknen lg!! happy for u all... as for me, belum lg kot... kasi chance org lain dulu kat ofis... hehehe...

Bayi Itu...

5 tahun lamanya aku menanti kehadirannya dlm rumah tanggaku yg dibina atas dasar cinta... atas dasar jodoh yg aku yakin terbaik; yg telah ditentukan ALLAH untukku... dan setelah mengharungi pelbagai rintangan, bonggol, lopak, sindiran, nista & caci, akhirnya kami dianugerahkan sebuah kelahiran yg amat dinanti-nantikan... alhamdulillah...

6 tahun yg lalu...
kala itu istana indahku baru dibina... hari keramat itulah hari yg paling bahagia bagiku... kerana akhirnya aku disatukan dgn satu-satunya insan yg aku rasa mampu menemaniku seumur hidupku...

5 tahun yg lalu...
setahun yg penuh dgn kebahagiaan... maklumlah, org berkahwin di usia muda... huhuhu... perihal zuriat masih diketepikan dek kerana merasakan masih terlalu awal utk memperolehinya...

4 tahun yg lalu...
tahun kedua yg mula mengajar erti kehidupan berumahtangga & berkerjaya... perihal zuriat masih belum diangkat menjadi isu utama...

3 tahun yg lalu...
tahun yg mula menguji kesabaran hati... bukan kerana kebahagiaan yg semakin pudar... bukan kerana cinta yg semakin hilang... dan bukan kerana rasa yg semakin kurang... tp dek kerana hati yg sedikit gusar, tatkala saudara mara asyik bertanya2 ttg kehadiran zuriat yg amat penting kehadirannya dlm sebuah institusi keluarga... saat itu, bibir hanya mampu tersenyum, sambil hati mengulum rasa... paling terkesan di hati pabila soalan2 itu diaju kpd kami ketika ibu bapaku ada bersama... Ya Allah... kasihan mereka... Ya Allah... apa kesalahan mereka sehingga terpaksa menanggung kekhilafan diriku... malu, sedih n kesal mustahil sedikit sebanyak tidak terdetik di hati mereka... tp di hadapanku, alhmadulillah, tiada yg pernah menyuarakannya... ye lah... siapa lg yg hendak menenangkan hati si anak jika bukan ibu bapanya jua...

2 tahun yg lalu...
hati nekad utk berusaha dgn intensif utk mendapatkan zuriat terlalu diinginkan di kala itu... biar apa pun, aku harus kuat utk menjalani & menghadapinya... pernah, dgn berat hati aku suarakan pd suami, andai benar itu takdirku; yakni tidak mampu memberi zuriat padamu, sedang dirimu mampu utk memperolehinya dr tanah subur yg lain, aku redha utkmu mencari pendamping yg baru... Ya Allah... benarkah aku redha sepenuhnya??


namun, aku rasa aku telah mendapat jawapannya tidak berapa waktu dr kala itu... ya... Allah Maha Mengetahui, bahawa aku sbnrnya tidak sekuat itu utk melihat pendamping baru bg suamiku... kerana hanya pd bulan pertama sahaja aku menjalankan rawatan, aku telah dikurniakan benih yg amat kami semua nantikan...

pagi itu, dgn hati yg berdegup berkali ganda kencang berbanding hari biasa... dgn 'kelewatan' yg baru menjangkau 5 hari, ku kuatkan semangat membawa tester ke bilik air... dan selang beberapa minit kemudian, aku melompat keluar sambil terjerit2 mengejutkan suamiku yg masih lena diulit mimpi...

bergerak ke katil, sambil berkali2 mulut ku mengucapkan "abg, **** peknen! abg, **** peknen!" (nama panggilan terpaksa dirahsiakan...hehehe...)... walau di waktu itu suamiku hanya diam tergamam (budget dia nak ketawa ke... ;P), namun aku tahu di sudut hatinya, dia amat gembira... cuma dia mmg jenis yg begitu tenang orangnya...

lantas langkah dihayun ke hospital pakar yg biasa dilawati utk pengesahan... dan alhamdulillah... lewat petang itu aku disahkan mengandung 5 minggu... Ya ALLAH... kesyukuran itu takkan dpt dibayangkan oleh mereka yg tidak terpilih utk menghadapi situasi seperti ku... percayalah...

lalu bermulalah episod hidupku bersama benih zuriat di dalam perutku, selama 40 minggu lamanya... sehinggalah selamat aku melahirkannya tanggal 14 mei 2009...

Setahun yg lalu...
3 hari lamanya aku dimasukkan ke wad utk proses bersalin... 3 kali banyaknya aku di induce utk mengeluarkan bayiku... pelbagai perkara berlaku sehingga membuatkan suamiku sedikit serik utk menemankan aku utk bersalin lg... dan akhirnya, takdir telah menentukan aku melahirkan bayi itu melalui pembedahan cesear... alhamdulillah...

Dan kini...
tanggal 14 Mei 2010, bayi itu telah genap berusia setahun... terlalu banyak pengalaman manis yg dilalui dlm membesarkan bayi itu... pelbagai kesakitan, dugaan, keluhan & kepayahan dilalui... namun, setiap satu kami harungi dgn senyuman... lantas semua itu bertukar menjadi kenangan yg paling terindah dlm hidup... yakni membesarkan zuriat pertama kami yg amat dinantikan... amat disayangi... malah amat menghibur & menyejukkan hati... MUHAMMAD IHSAN MUHAMMAD ZUBAIR...


SELAMAT HARI LAHIR YG PERTAMA wahai anakku...
Semoga doa Mummy & Daddy dimakbulkan,
untuk kau menjadi insan yg soleh, sentiasa beroleh kesihatan, beroleh kebijaksanaan,
serta akan menjadi insan yg baik budi pekertinya...
amin...

Auuwah!

Cuba teka, apa maksud tajuk post nih? "Auuwah!"... hehehe... sebenarnya tu bunyi yg keluar dr mulut IHSAN bila kami ajar perkataan "ALLAH"... hehehe... chomel kan?? cuba bayangkan mulut dia yg kecik, yg becok asik berbunyiiiii je tu, now dah pandai mengajuk2 apa org ckp... cuma bunyi bahasa baby la... dia dah pandai regards me as "mama" n BAY as "papa"... even kami bahasakan diri Mummy n Daddy, tp biasa la baby kan... lambat la sket nak follow perkataan yg mempunyai gabungan huruf vocal berbeza kan... tak kisah la, mama pun mama la... hehehehe... janji dia dah cam mana satu ibu mana satu ayah dia...

so, bila dah mcm2 bunyi keluar dr mulut dia, kami saja test mintak dia sebut "ALLAH" 2-3 hari lepas... pastu, sekali je aku sebut "ALLAH" kat dia, dia pun follow "Auuwah!"... hehehehe... gembiranya tak terkata masa tu... bukan sbb apa, cuma excited sbb mudahnya sbnrnya kita nak ajar perkataan suci "ALLAH" tu kan...

kadang2 kita terlupa... kita sibuk nak ajar 'cat', 'book', 'meow', 'susu'... sibuk nak suruh anak kita pandai tepuk2 or angkat2 tgn mcm kartun2 yg kita suruh diorg tonton di tv... tp kita yg beragama Islam ni terlupa bahawa perkataan paling suci "ALLAH" itu adalah sebenarnya jauh lebih mudah utk disebutkan oleh bayi yg berusia x sampai setahun pun... Ya Allah... subhanAllah kan... mudah betul syaitan memperdaya kita dgn bermacam2 cara, rancangan n perkataan yg biasa terkeluar kat kaca tv yg kita dok suruh anak kita tonton tu...

hari jumaat lepas aku start ajar dia sebut "ALLAH"... pastu 3 pagi berturut aku minta dia sebut lagi... n alhamdulillah bunyinya masih sama... mudah-mudahan perkataan keramat itu akan sentiasa lekat di akal & hatinya... happy sgt2... bukan apa, IHSAN tu bnyk ckpnye... suka dgr muzik n akan menggoyang2kan badan or kepala (mcm berjoget)... bila pasangkan nasyid n zikir kat radio or astro pun dia goyang2kan badan... kelakar... jd, aku amat berharap supaya dia akan lebih lancar mengingat n menyebut perkataan2 utama yg perlu diketahui oleh seorang muslim...

aku pun mcm x sabar nak ajar dia alif ba ta n iqra'... hehehe... mak aku pesan, nanti klu dah pandai ngikut2 apa org ckp, cepat2 la ajar ngaji... tu petua mak aku yg mmg mengajar kami mengaji sendiri... x hantar pegi umah org pun dulu... aku pun insya Allah berniat nak ajar sendiri anak aku mengaji di rumah... mungkin tajwid aku bukan yg terbaik... tp rasanya insya Allah cukup utk asas mengaji n mengenal ayat Al-Quran kot... nanti bila dah sekolah, kat sekolah agama ada matapelajaran al-Quran n tajwid kan...

soooo happy to raise a child sbnrnya... sbb everyday mcm ade je benda baru yg budak tu pandai n belajar... kagum dgn semangat yg ALLAH suntikkan secara semulajadi dlm diri baby ni... kalau laa kita org tua ni ade semangat n x reti putus asa mcm tu, kan bagusss... =)

My New Girlish Background

wahahahaha.... hari ni 'kurang kerja' kat ofis... jd aku ngelat sket... surfed the net to find a new design / layout / background for my blog... n inilah hasilnya... tadaaaaa!!

yeah... yeah... quite pinky, i know... huhuhu... mula2 igt nak ubah the whole layout... tp BAY kata dia suka my header yg ade gmbr aku n bunga @ genting highland tuh... so, i've decided to change only my background je... ni pun dekat 2-3 jam men'surfing'...

masa nak pilih2 td, BAY kata "lg simple lg cantik... but it's just u kan... suka fancy2..." hahahaha... masa tu aku tunjuk dia 2-3 design yg simple2 je... tp bila dia gi solat Jumaat, aku terus upload yg ni pulak... hahaha... nak wat cane, hati berkenan yg pinky dinky doo camnih... hehehe...

cantik tak?? kpd sesapa yg dah mengenali aku, agak2 kena x konsep nih dgn diri aku?? hehehehe... ;P

p/s: credit to: http://mystylebackgrounds.blogspot.com for my new background nih... =)

Hai laaa IHSAN... =)

Alhamdulillah, x sampai sebulan lg IHSAN dah nak masuk setahun... masa IHSAN lahir last year, my family dtg jb... ye la, risau anak sulung nak beranak sulung... hehehe... abah kata, "abah tak pernah sedih bila tgk muka ko kecuali masa nak bersalin tu la... dgn mcm lebamnye..." huhuhu... abah kata camtu sbb aku mmg org yg sentiasa ceria, senyum n mudah ketawa... smpikan, 2 hari aku kena induce pun, dlm kesakitan, everytime ade org melawat or call tanya khabar, aku boleh jwb dgn ketawa2 lg... ms tu, mmg nervous, cuma aku fikir, apa nak takut kan... kesakitan bersalin tu kan sesuatu yg pasti akan dirasai... so, berdoa & bertawakal je la kan... semoga ALLAH memberi jalan yg terbaik utk kita melahirkan...

to date, dlm approx 2-3 weeks lg IHSAN dah nak sambut his 1st b'day... hmmm... cepat sungguh masa berlalu ek... dr seorg bayi kecil seberat 2.89kg, IHSAN berkembang menjadi bayi yg bulat n tembam... sehingga mencapai 5.1kg sewaktu berumur 40 hari... huhuhu... graf berat badan IHSAN sehingga check up 6 bulan, sentiasa berada atas sedikit drpd garis normal... huhuhu... but after 6 months, bila dah belajar mcm2, berat IHSAN kurang sket kadar pertambahannya... mana taknya, lasak sgt! huhuhu...

IHSAN x merangkak mcm baby kebiasaannya ms 6 months... tp dia 'creeping' atau merangkak mcm askar combat tu... guna siku... huhuhu... only recently, ms dah 9 bulan baru dia merangkak mcm biasa... n now pulak, dia dah x creeping lg dah... dah merangkak laju2 esp bila main kejar2 dia... hehehe...

IHSAN pun dah bertatih n cruising by holding onto furnitures mcm sofa, coffe table n etc... pastu dah sgt suka memanjat2... esp klu kartun favourite dia tunjuk kat tv... huh, time tu la dia nak memanjat smpi mcm nak masuk dlm tv tuh... hehehehe... pastu terpakasa la kami off tv tu n say "tv finish!"... sambil goyang2 tgn... dia pun ikut2 goyang... tp kitorg goyang pusing2 palms kanan kiri... dia lak goyang2 sama mcm dia cak cekup tapak tgn bila dgr lagu 'twinkle twinkle little star'... hehehe... tak kisah la...

lg satu perangai IHSAN, sgt sgt suka mengajuk n mengikut apa org buat... sekali dua ajar je, pastu mesti dia ulang2 bende tu... contohnya mcm nganga mulut ke... buat bunyi 'klak kluk' guna lidah, tepuk tangan, pat tgn kat peha, kedip mata sambil menjeling n angkat tgn tinggi2 n goyang2kan... hehehehe... tp bila ajar new words, mcm buku, kereta, tommy or apa2 la, mesti dia ikut... tp semua jd 'juju'... hahahaha... ha, cuma satu, agaknya sbb kitorg klu nak apa2 dr tgn dia, kami akan ckp "mummy / daddy mintak...", so, bila dia nak bg apa2 brg pd kami, dia akan sebut 'tak'... hehehe... kelakar la bila cuba nak fahamkan bahasa baby nih... tp sbnrnya dah mcm2 'baby words' keluar dr mulut dia... raaaaaaajin sgt bercakap... cuma kitorg je yg x paham... hehehe...

yg paling kelakar, dia suka sgt goyang2 badan mcm berjoget esp bila dgr lagu yg dia suka rentaknya... mcm iklan2 yg ade muzik yg agak hip sket, dia akan angguk2 or geleng2 kepala... terbaru, bila sambil berdiri, siap goyang2 bahu n badan lg... wahahahaha... klu dia make moves on music kat depan nenek, mesti nenek ketawa sgt2... hehehehe... he seems a very happy child... n manja too!! (suka 'ngolet2' bila baring sama2... n mesti nak lentok2 kepala kat bahu or dada mummy bila duduk kat riba)... huhuhu...

cuma 1 perkara yg IHSAN belum2 lg pandai... to walk on his own... now dah 11 months... ade org kata, bdk lelaki mmg lmbt sket... ade org kata, bdk montel mmg lmbt sket... ade gak org kata, takyah risau selagi dia belum setahun 1/2, n ade org kata, enjoy la time dia lum boleh jalan nih... sok dah pandai jalan n berlari, takdenye korg nak jalan rilek2... huhuhu... for me, mmg mengharapkan dia cepat pandai berjalan... tp bila fikir2 balik, apa nak risau... bukan dia takde signs yg dia akan pandai berjalan pun... dia dah pandai berdiri sendiri, dah tegak n dah lepas2 tgn pun bila berdiri... cuma suspens nak menunggu his first step tu je... hmmm... so, i think nothing to be worried of kan... when the time comes, he'll walk on his self... n by that time, hamikk kau... kejor la anak kauu... alamatnya takde la nak jalan slow2 time shopping for household... hahahaha...

to date, aku masih berfikir2 n berkira2 lg on what present should i give IHSAN for his very 1st birthday soon... hmmm...

IHSAN oh IHSAN...

Hari ni alhamdulillah perasaan sedikit lega berbanding semalam n hari sebelumnya... mana taknya, semput IHSAN dtg lg... mmg expected sbb skang dah start musim ujan kat jb... cuma, klu dulu IHSAN agak kerap x sihat... so mmg sentiasa berjaga2... tp lately, dah almost 2 months dia x sedut inhaler tu sbb his asthma has got much better... maybe sbb cuaca panas...

then, lately musim ujan dah start... so, malam2 sejuk... tp IHSAN masih x boleh tido tanpa kipas sbb dia jenis yg mudah berpeluh gak... natijahnya... few days ago dah start batuk n kahak makin banyak n pekat... kesian sgt2 bila dgr bunyi dia batuk... mcm xnak keluar2 kahak tu dr dada dia... so, last 2 days start beri mkn ubat salbutamol + duro tass dia utk heal the batuk n cairkan kahak... plus, melapangkan salur pernafasan...

tp semalam was the peaking i guess... malam tu IHSAN batuk dgn quite teruk... quite 'tanpa henti' i should say... so, tido malam pun x lena... asyik terjaga... minum susu xnak, mkn xnak, minum air masak xnak, main toys xnak, didukung pun masih merengek2... kesian sgt2... tp hati kena 'kering'... x boleh sedih, x boleh marah, x boleh nangis n x boleh even mengeluh pun... lebih2 lg bila nak beri dia mkn ubat n paksa dia sedut inhaler tu...

bgn pagi, IHSAN dah start dgn merengek... (biasanya dia akan bangun dgn tersengih2 bila nmpk mummy or DADDY tgh bersiap nak gi keje)... dah tukar nappy, still merengek... dah beri susu, xnak n still merengek... bagi biskut, xnak n still merengek... dah dukung ke sana sini pun still merengek... tp aku x amik cuti... sbb based on experience before, IHSAN akan lebih boring klu dok kat umah seharian... at least klu di nursery dia akan jumpa kwn2 n ada mcm2 toys n aktiviti... so, aku hntr gak dia ke nursery... tp dah siap2 pesan kat teacher to expect him meragam n bad mood for the whole day as for his health condition...

then, as expected; petang tu amik IHSAN balik nursery, terus baca buku catatan harian dr teacher; said that "hari ni IHSAN meragam dari pagi sampai petang... makan xnak... disuruh tido pun xnak... bila mandi, teacher disepaknya"... huhuhu... dlm hati kata, "mana laa anak aku belajar mengamuk2 ni ek"... lately, mmg perangai dia, klu x puas ati je, hempas2 badan kat mana2 yg dia suka... klu dlm cot tu, puas la kepala dia terhantuk2 kat kisi2 tepi cot tu... adussss... anak oh anakkkk... (^o^)

smpi umah, lepas bg mkn ubat, IHSAN terus tido... bgn je @ 8.45pm, aku bg IHSAN mkn bubur nasi... n after that, something to my surprise happened... huhuhu... tiba2 IHSAN sgt bertenaga n terus main2, memanjat2 sana-sini n mulut dia kecoh mcm biasa... mcm dah sihat sgt... ALHAMDULILLAH... happy sgt aku tgk dia... dia dah x bad mood for the rest of the night... siap masuk tido lewat mcm selalu sbb asyik nak mainnnn je... huhuhu...

n this morning, IHSAN dah kembali bangun dgn tersengih2 sambil terpisat2 bila nmpk mummy n DADDY... alhamdulillah... batuk pun dah much2 better... cuma masih kena terus bg mkn ubat n sedut inhaler... n dlm perjalanan ke nursery td pun, mood dia seems ok... boleh bertepuk2 tgn n mcm biasa, mulut kecoh berckp bahasa baby yg ntah apa, aku pun masih tercari2 apakah perkataan2 sebenar yg cuba diluahkan oleh mulut dia yg kecik mungil itu... hehehehe...

n disebabkan aku tgh gembira, meh aku upload sket gmbr2 harian IHSAN yg aku amik dgn henfon ku yg x canggih n dah beberapa kali terburai sbb dibaling oleh IHSAN ke lantai itu... huhuhu...