Bayi Itu...

5 tahun lamanya aku menanti kehadirannya dlm rumah tanggaku yg dibina atas dasar cinta... atas dasar jodoh yg aku yakin terbaik; yg telah ditentukan ALLAH untukku... dan setelah mengharungi pelbagai rintangan, bonggol, lopak, sindiran, nista & caci, akhirnya kami dianugerahkan sebuah kelahiran yg amat dinanti-nantikan... alhamdulillah...

6 tahun yg lalu...
kala itu istana indahku baru dibina... hari keramat itulah hari yg paling bahagia bagiku... kerana akhirnya aku disatukan dgn satu-satunya insan yg aku rasa mampu menemaniku seumur hidupku...

5 tahun yg lalu...
setahun yg penuh dgn kebahagiaan... maklumlah, org berkahwin di usia muda... huhuhu... perihal zuriat masih diketepikan dek kerana merasakan masih terlalu awal utk memperolehinya...

4 tahun yg lalu...
tahun kedua yg mula mengajar erti kehidupan berumahtangga & berkerjaya... perihal zuriat masih belum diangkat menjadi isu utama...

3 tahun yg lalu...
tahun yg mula menguji kesabaran hati... bukan kerana kebahagiaan yg semakin pudar... bukan kerana cinta yg semakin hilang... dan bukan kerana rasa yg semakin kurang... tp dek kerana hati yg sedikit gusar, tatkala saudara mara asyik bertanya2 ttg kehadiran zuriat yg amat penting kehadirannya dlm sebuah institusi keluarga... saat itu, bibir hanya mampu tersenyum, sambil hati mengulum rasa... paling terkesan di hati pabila soalan2 itu diaju kpd kami ketika ibu bapaku ada bersama... Ya Allah... kasihan mereka... Ya Allah... apa kesalahan mereka sehingga terpaksa menanggung kekhilafan diriku... malu, sedih n kesal mustahil sedikit sebanyak tidak terdetik di hati mereka... tp di hadapanku, alhmadulillah, tiada yg pernah menyuarakannya... ye lah... siapa lg yg hendak menenangkan hati si anak jika bukan ibu bapanya jua...

2 tahun yg lalu...
hati nekad utk berusaha dgn intensif utk mendapatkan zuriat terlalu diinginkan di kala itu... biar apa pun, aku harus kuat utk menjalani & menghadapinya... pernah, dgn berat hati aku suarakan pd suami, andai benar itu takdirku; yakni tidak mampu memberi zuriat padamu, sedang dirimu mampu utk memperolehinya dr tanah subur yg lain, aku redha utkmu mencari pendamping yg baru... Ya Allah... benarkah aku redha sepenuhnya??


namun, aku rasa aku telah mendapat jawapannya tidak berapa waktu dr kala itu... ya... Allah Maha Mengetahui, bahawa aku sbnrnya tidak sekuat itu utk melihat pendamping baru bg suamiku... kerana hanya pd bulan pertama sahaja aku menjalankan rawatan, aku telah dikurniakan benih yg amat kami semua nantikan...

pagi itu, dgn hati yg berdegup berkali ganda kencang berbanding hari biasa... dgn 'kelewatan' yg baru menjangkau 5 hari, ku kuatkan semangat membawa tester ke bilik air... dan selang beberapa minit kemudian, aku melompat keluar sambil terjerit2 mengejutkan suamiku yg masih lena diulit mimpi...

bergerak ke katil, sambil berkali2 mulut ku mengucapkan "abg, **** peknen! abg, **** peknen!" (nama panggilan terpaksa dirahsiakan...hehehe...)... walau di waktu itu suamiku hanya diam tergamam (budget dia nak ketawa ke... ;P), namun aku tahu di sudut hatinya, dia amat gembira... cuma dia mmg jenis yg begitu tenang orangnya...

lantas langkah dihayun ke hospital pakar yg biasa dilawati utk pengesahan... dan alhamdulillah... lewat petang itu aku disahkan mengandung 5 minggu... Ya ALLAH... kesyukuran itu takkan dpt dibayangkan oleh mereka yg tidak terpilih utk menghadapi situasi seperti ku... percayalah...

lalu bermulalah episod hidupku bersama benih zuriat di dalam perutku, selama 40 minggu lamanya... sehinggalah selamat aku melahirkannya tanggal 14 mei 2009...

Setahun yg lalu...
3 hari lamanya aku dimasukkan ke wad utk proses bersalin... 3 kali banyaknya aku di induce utk mengeluarkan bayiku... pelbagai perkara berlaku sehingga membuatkan suamiku sedikit serik utk menemankan aku utk bersalin lg... dan akhirnya, takdir telah menentukan aku melahirkan bayi itu melalui pembedahan cesear... alhamdulillah...

Dan kini...
tanggal 14 Mei 2010, bayi itu telah genap berusia setahun... terlalu banyak pengalaman manis yg dilalui dlm membesarkan bayi itu... pelbagai kesakitan, dugaan, keluhan & kepayahan dilalui... namun, setiap satu kami harungi dgn senyuman... lantas semua itu bertukar menjadi kenangan yg paling terindah dlm hidup... yakni membesarkan zuriat pertama kami yg amat dinantikan... amat disayangi... malah amat menghibur & menyejukkan hati... MUHAMMAD IHSAN MUHAMMAD ZUBAIR...


SELAMAT HARI LAHIR YG PERTAMA wahai anakku...
Semoga doa Mummy & Daddy dimakbulkan,
untuk kau menjadi insan yg soleh, sentiasa beroleh kesihatan, beroleh kebijaksanaan,
serta akan menjadi insan yg baik budi pekertinya...
amin...

3 comments:

  1. owh dah setahun dah budak tomei tu..

    happy birthday!! semoga membesar jd anak soleh & bijak.

    ReplyDelete
  2. kak hadha, mesti dia nanti ade sifat degil cam saye. tarikh lahir same..taurus :P Tapi, kami jenis yang akan usaha sampai dapat!hehehehe...

    ReplyDelete
  3. ija: insya Allah...

    yoi: akak pun taurus... tp bos akak lahir 13/5... so sifat degil n cerewet sket tu rasanya boleh bayangkan... cuma IHSAN ni lelaki kan... ntah la... hehehe...

    ReplyDelete