2011: New Year; New Resolution

Alhamdulillah... ALLAH s.w.t masih memberi peluang utk kita menyambut satu lg tahun baru; 2011... tahun lepas; 2010, walaupun ade beberapa azam / keinginan yg x dpt dipenuhi, x perlu kita nak kesalkan... yg lepas biar lepas... apa yg penting, pengajaran yg harus diambil utk kita mengharungi hari2 mendatang dlm thn baru ni kan...

so, apa azam korg? meh la kongsi sket... jom kita sama2 buat post pasal azam baru masing2, nak??... hehehe... tp aku x pandai la pulak nak tag2 kwn2 blog nih utk suh sama2 wat post pasal azam2 baru korg nih... hehehe... sapa leh ajar?? plz...

apa2 pun aku saje nak share sket beberapa perkara yg boleh dianggap azam kot utk aku cuba capai dlm thn 2011 nih... bukan ape, saje nak tulis sbg peringatan kpd diri sendiri ttg hala tuju yg nak dicapai utk jangka panjang / pendek dlm thn 2011 nih... hmm... korg jgn gelak tau bila baca... hehe...

  • Nak berdisiplin mkn vitamin/supplement setiap hari;
  • Nak jaga makan/kesihatan... sbb??? tgk azam no.3.. hehe..
  • Nak berusaha utk 'ahli keluarga baru'... ish, malu2 kucing plak rasanya menyebut azam yg nih... ;P
  • Nak minum air sebanyak mungkin tiap2 hari... sbb aku jenis yg sgt2 kurang minum air selama nih..;
  • Nak lebih rajin baca surah2 yg berkaitan bila mengandung nanti... esp surah Maryam... sbb org kata surah tu diamalkan utk permudahkan bersalin... dulu aku x rajin baca... tu yg smpi kena cesear after 10 hours bersakit2 kot.. hehe..;
  • Nak solat di awal waktu seboleh-bolehnya;
  • Nak khatam Al-Quran utk kesekian kalinya;
  • Nak ajar IHSAN mengenal A-Z, alif-ya & numbers secara intensif;
  • Nak update resume, isi borang & apply again for a permanent teaching position kat UTM... ni sbnrnya carry forward dr 2010 nih.. huhu..;
  • Nak start working on my PhD proposal secara intensif... nak allocate 1 hari cuti khas utk pegi UTM/PSZ utk buat initial research..;
  • Nak cari peluang secara intensif utk sambung belajar kat oversea..;
  • Nak simpan duit sebanyak mungkin... utk apa ek?? saje... utk keperluan2 mendatang..;
  • Nak pindah umah baru kat Tebrau... sehubungan itu, nak buat ID chantek2 dulu la kan... huhu..;
  • Nak belikan IHSAN buku banyak2 supaya dia akan sentiasa sukakan buku...;
  • Nak asah/gilap bakat IHSAN melukis... sbb rasanya confirm dia nih left-handed (ikut BAY)... so, normally org kidal ni pandai melukis... hehe..;

maaaaak aiiihhhh... banyaknyeeee azam aku nih!!! takpe... buat pembakar semangat... semoga ALLAH memberikan kesihatan fizikal & rohani yg baik utk aku berusaha mencapai setiap satu azam yg aku senaraikan ini...

sebenarnya, aku sgt nervous utk memulakan usaha utk 'menambah ahli keluarga baru' tu... sbb, takut sejarah lama berulang... walaupun rawatan boleh dimulakan semula, tp tiada jaminan bahawa ia akan berkesan sepantas mcm sewaktu aku mula mengandungkan IHSAN dulu... korg tolong doakan ye... (^_^)

ha, so... camana? ade bran? tulis la azam korg pulak... (^o^)

3 comments:

  1. Da, semoga berjaya mencapai azam/cita-cita yang diimpikan. Azam gue mahukan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang telah berlalu tapi untuk azam yang ini anak-anak azamnya banyak bebenor...tak larat nak catat satu-persatu.Walau apapun semoga kita sama-sama dapat mencapai apa yang telah kita impikan...Insya Allah.

    ReplyDelete
  2. aminnnnn..moga dipermudahkan semua yang ko azam tu irda..go go chayokkk.....

    ReplyDelete
  3. Eby;
    mekasih manyak2... semoga kita sama2 dpt jd ibu, isteri & anak yg lebih baik thn ni... err.. ade cita2 nak tmbh lg x? klu ade, leh join skali.. hehe..

    Kak Dickey;
    tqvm... akak, jom usaha utk dpt heroin lak... hehe..

    ReplyDelete