My Last Day of 20's

I cried last night.. with a thought, tomorrow (today) will be my last day of being 20's... bukan kerana aku takut tua... tapi memang menangis ketakutan.. apa yg aku takutkan? banyak...

aku takut aku belum jadi anak yang baik..
aku takut aku belum jadi isteri yang baik..
aku takut aku belum jadi ibu yang sabar dan terbaik untuk anakku..
aku takut aku belum jadi kakak yang boleh dicontohi oleh adik2 ku..
aku takut aku belum mampu untuk mencapai cita-citaku..
aku takut aku belum cukup mengambil pengajaran atas perkara2 yang dah berlaku dalam hidupku..
aku takut bila mengenangkan rezeki, kelebihan dan kejayaan yang telah ALLAH berikan padaku sepanjang umur 20-an ku..
aku takut, mampukah aku untuk menjadi jauh lebih baik berbanding umur 20.an ku..

aku menangis sbb aku sangat2 gembira dan bersyukur dengan kehidupanku dalam umur 20-an.. kerana..

umurku 20 thn; aku bertemu dengan bakal suamiku (suamiku kini)..
umurku 21 thn; aku berjaya menamatkan pengajian diplomaku..
umurku 22 thn; aku berjaya menamatkan pengajian sarjana mudaku..
umurku 22 thn juga; aku bertunang dengan suamiku..
umurku 23 thn; aku disatukan dengan suamiku..
umurku 24 thn; aku berjaya menamatkan pengajian sarjanaku..
umurku 25 thn; aku diajak oleh boss suamiku (bossku kini juga) untuk mengendalikan beberapa projek dgn pendapatan yg sgt lumayan..
umurku 26 thn; aku diterima bekerja di ISI.. di mana aku mengenali beberapa insan yg sgt baik hati budinya..
umurku 27 thn; aku mula memikirkan salah satu ujian terbesar hidupku telah tiba... 4 tahun mendirikan rumahtangga, kami masih belum dikurniakan cahaya mata.. sakitnya telinga dan jiwa yg terpaksa menanggung pelbagai persoalan dan tohmahan sekeliling, hanya ALLAH yg mengetahuinya..
umurku 27 thn juga; ALLAH Maha Pemurah... aku diberi peluang untuk bekerja dengan cita-cita hidupku sbg pensyarah di UTM; walaupun hanya secara kontrak..
umurku 27 thn juga; aku mula membuat rawatan kesuburan... dan SUBHANALLAH; ALLAH Maha Pemurah.. hanya dua bulan aku menjalani rawatan, akhirnya aku disahkan mengandung.. anak lelaki pula; sepertimana yang diinginkan suamiku selama ini..
umurku 28 thn; rumahtanggaku diserikan dengan insan kecil berwajah persis Cina - Muhammad Ihsan; nama yang telah sekian lama kami simpan untuk putera yg amat dinantikan..
umurku 28 thn juga; aku diterima bekerja secara tetap di tempat yang sama dengan suamiku.. sepejabat, malah sebilik pula..
umurku 29 thn; hasil kesungguhan dan keikhlasan bekerja, aku dianugerahkan pekerja terbaik tahun 2010..

dan anakku yang menjejak umur 2 tahun juga sgt petah orangnya... tak pernah aku terjangka akan dikurniakan seorang anak yg amat menghibur dan menyejukkan hati seperti IHSAN... tak sia-sia kami simpan nama terbaik itu untuknya...

manalah aku tak menangis... setiap tahun, walau ujian datang dan pergi, namun bahagia dan kegembiraan juga yang ALLAH berikan kepada aku, suami dan anakku di akhirnya...

dan esok, pastinya aku akan bangun dengan umur yg baru... sbb aku dilahirkan pada jam 4.32 pagi...

sudah 11 tahun (sejak belum berkahwin lagi) BAY pasti mengejutkan aku pada jam itu untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir... dan aku tetap mengharapkan ucapan untuk kali yg ke-12 akan kuterima pagi nanti...

dan aku masih menangis ketika menulis entry ini.. TERIMA KASIH YA ALLAH UNTUK SEGALANYA...

1 comment:

  1. Happy Birthday Da...
    May Allah will bless you in your next step of life...

    ReplyDelete